Friday, March 7, 2014

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Part 3
Ini pulak kawan yang baru dikenali kat sini..Yazir n may husband tengah sarapan sebelum pendakian..
Sebelum pendakian kami mengupah seorang guide untuk angkat barang-barang disepanjang pendakian ini dengan upah lebih kurang 450 ribu. Nama guide kami Amin. Amin memang seorang yang sabar melayan kerenah aku dan lebih-lebih lagi my husband yang ini merupakan pendakian dia kali pertama untuk gunung yang ketinggiannya 3725 m. 


Bergambar dengan Amin Guide kami
Kami start mendaki lebih kurang pukul 8.30 pagi . Pada permulaan pendakian, kami melalui kebun-kebun penduduk di sini. Kami melalui padang savana yang kering dan beraingin disepanjang 4 jam  perjalanan kami hingga ke post 2.
 Kami memulakan pendakian..dengan menyaksikan Gunung Rinjani di depan mata ...
 Gunung Rinjani..tunggu..kami Datang..hehehe..
 Padang Savana..alhamdulillah..ada kabus yang menyamankan..
Permulaan yang dinanti-nantikan selama ini...Gunung Rinjani..

Amin setia menunggu kami suami isteri..terima kasih..
Gambar di atas ni waktu kamu berhenti di Post 2. Kami perlu meneruskan pendakian ke Post 3 lebih kurang 1 jam 30 minit kerana di sana kami berhenti makan tengahari. Kami makan saja apa yang guide kami masak. Dah lapar ngan penat..kami balun aje..memang sedap hingga menjilat sudu..hehehe..tengok mak ngah tu cukup..posing ngan makanan tengaharinya..
Makanan panas dengan cuaca yang mula sejuk..memang sedap..walaupun hanya maggi..hehehe
Setelah kami selesai makan dan bersolat...perjalanan perlu diteruskan ke Plawangan Sembalun lebih kurang 4 jam ..memang penat giler...
 Perjalanan yang mencabar..suami den macam penat sungguh sambil peluk pokok..trek dia memanjat saja...penat memang..kesian dia..
Aku setia tunggu dia untuk meneruskan pendakian ini..come on baby..hahaha
Abang you can do it!!! fighting !!
Bila sampai kat tempat lapang sikit..apa lagi bergambar sakanlah..tapi belum sampai plawangan sembalun..hahaha


 Kat belakang tu ketua rombongan kami yang memang setia tunggu kami yang terkedek-kedek mendaki..dan isterinya..terima kasih En. Azmi dan Kak Miza..


Inilah Plawangan Sembalun yang menjadi tempat kami berkhemah untuk tidur dan esoknya akan mendaki ke summit Rinjani seawal pukul 1 pagi..
Sampai sini aje coretan kali ni..akan disambung dengan pendakian kami ke summit attack Gunung Rinjani. :)

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Part 2
Selepas kami sampai dilembah Rinjani...dapat menginap di homestay Lembah Rinjani.  Homestay ni memang best..dapat pulak bilik yang mengadap Gunung Rinjani..fuhh terbaik. 
Malamnya..macam biasa susahnya aku ni nak lelap maklumlah tempat yang asing..suami dah bulan bintang..kita dok terkebil-kebil. Dah nak dekat siang baru boleh lelap..agaknya terlalu ghairah nak mendaki kot..rinjani..oh..rinjani..hehehe.
Pagi-pagi memang sejuk gila..mujur ada hot water kalau tak...Selepas bersarapan kami pun bersiap sedia untuk mulakan pendakian..                                                                                 

macam-macam gaya masing-masing mempersiapkan diri sebelum memulakan pendakian..
Pendaki semuanya boleh dikatakan berpengalaman dalam pendakian sebelumnya ditempat lain. Ramai juga yang akan memulakan pendakian bermula dari sembalun. Gunung oh gunung..                                             
    kami berkumpul untuk memulakan pendakian di tempat kamu menginap iaitu Homestay Lembah Rinjani.
aku sendiri sempat pos sebelum bertolak.. untuk meninggalkan kenangan manis yang tidk akan dilupakan. Penduduk disini rata-ratanya memang peramah pada  pelancong yang datang ke sini. Sempat sampai sini catatan saya..nanti sambung balik..hehe

Thursday, September 19, 2013

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Catatan Percutian yang tidak akan dilupakan...BEST!!




PART 1
          Tanggal 29 mei 2013 kami bertolak ke LCCT dengan penerbangan kami ke Pulau Lombok, Indonesia pada pukul 8.40 pagi. Jadinya suami plan guna kereta dia dan pergi ke rumah adik saya di taman dagang dan park kereta disana. So kami bertolak pukul 4 pagi dari rumah dan sampai di rumah adik pukul 4.30 pagi. cuba bayangkan sampai taman dagang 4.30 pagi dengan kawasan yang lenggang nak tunggu teksi untuk ke KL sentral.memang mencabar betul. Nasib kami agak baik ada teksi yang baru habis shif nak balik rumah dan rumah dia kat area situ, dapatlah dia hantar kami ke KL sentral. Kami sampai dalam pukul 6.00 pagi di KL sentral dan terus ambil express bas ke LCCT dengan tambang RM8 seorang. Dalam bas dapatlah tidur melepaskan lelah setelah 1 jam menunggu teksi. Kami sampai Di LCCT jam 6.50 pagi. Lepas Solat subuh terus beli makanan. Fuh! makanan boleh tahan harganya kat LCCT ni.
         Kapal terbang kami berlepas tepat jam 8.45 pagi ke Pulau Lombok, Indonesia yang mengambil masa selama 3 jam. Nak jadi ceritalah waktu nak duduk kat seat terjadi satu kejadian yang memang rasa tak puas hati. Bayangkan seat yang kita dah bayar tapi orang lain sedap2 duduk. bila kita bagi tau kat dia boleh buat dek aje. buat apa suruh bayar seat dah macam naik bas mini. berebut-rebut nak duduk tepi tingkap. bila ingat balik memang kelakar.
          Jam 11.50 pagi kami mendarat di Lapangan Terbang Pulau Lombok. Rasa teruja sungguh sampai terkucil hehehe. Masa kat Airport baru jumpa group pendaki kami. Memang seronok dapat berkenalan dengan diorang. Selepas bergambar ada kenderaan yang muat untuk 14 orang ambil kami untuk pergi ke lembah Rinjani.
         Perjalanan kami mengambil masa yang agak lama lebih kurang hampir 3 jam untuk sampai kesana. Tapi tak terasa jauhnya kerana kami disajikan dengan permandangan yang memang cantik.






kami sampai di Lembah rinjani dah nak gelap sebab dilombok pukul 6 ptg dah gelap. Dalam perjalanan nak sampai ke homestay, saya singgah beli pulsa kat kedai. Yang kelakarnya inilah pertama kali aku guna duit indon nak beli di market yang banyak jutaannya. sampai tak tau nak bayar berapa. 





Cantik tak? nanti saya sambung lagi catatan saya. okey.. :)

Tuesday, May 15, 2012

Ex'Player Netball Team 2011
Cikgu Love You!!!



KEJOHANAN ANTARA TEKNIK VOKASIONAL 2012

Gambar diambil sewaktu pertama kali melawan vokasional klang
memang mencabat tuu..
teruk kena belasah..hehe

Gambar ni..sewaktu Vokka melawan Vokasional Ampangan
kami kalah..tapi kali pertama aje..kali kedua..kami Menang!!!

Gambar ni kami ambik dengan pasukan dari sek Vokasional 
sungai buloh..minta maaf yea..Vokka menang..

Ini Pasukan Vokasional Klang dan Vokka..
kami lawan pada kedua kalinya..
kami kalah..tapi tak teruk kena belasah..
terima kasih pada coach klang ..kak liza
sebab banyak tolong bagi tunjuk ajar..TQVM..

Gambar ni sewaktu Vokka melawan Kolej Vokasional ERT rembau..
kami kalah.. tapi kami dapat ilmu yang diberi oleh pemain negeri 
ert tersebut..TQVM

Gambar ni aku ambik masa kami berlawan untuk tempat ke tiga dan keempat
Fuh!! penat giler..Vokka team..maklumlah tak
pernah masuk peringkat akhir..sabar ajelah..
main 1 jam..tuh!!..memang penat!!tak ingat!!
tapi semangat juang Vokka memang patut dipuji..chai yok!!!

Akhir sekali..kat astaka SMT sepang..
kenangan yang indah..
kami tinggalkan disini..
I love Vokka Netball Team!!


Saya dan Suami..
Ya Allah, kau panjangkan jodoh kami hingga ke Syurga..Amin..
Setelah 12 tahun usia perkahwinan kita ini adalah gambar yang paling saya Suka.

Gambar ibu dan Anak Muhammad Naqib Akmal
Ada sesuatu perasaan yang sgt mendalam tika memandang gambar ni
'kasih sayang ibu dan anak'

Gambar ibu dan anak daranya Aleeya Zahirah.
Ikatan kuat yang antara ibu dan anak.
Muhammad Adam Akmal, Aleeya Zahirah dan
uchunya..Siti Aisyah..
Muaz lokman, Aleeya Zahirah dan Adam
Posing yang unik..ada macam2 rasa
marah, tenang dan gembira..

Klasik view..cantik!!
tempat putrajaya..hahah
memang sibuk kimi adik beradik bergambar..