Thursday, September 19, 2013

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Catatan Percutian yang tidak akan dilupakan...BEST!!




PART 1
          Tanggal 29 mei 2013 kami bertolak ke LCCT dengan penerbangan kami ke Pulau Lombok, Indonesia pada pukul 8.40 pagi. Jadinya suami plan guna kereta dia dan pergi ke rumah adik saya di taman dagang dan park kereta disana. So kami bertolak pukul 4 pagi dari rumah dan sampai di rumah adik pukul 4.30 pagi. cuba bayangkan sampai taman dagang 4.30 pagi dengan kawasan yang lenggang nak tunggu teksi untuk ke KL sentral.memang mencabar betul. Nasib kami agak baik ada teksi yang baru habis shif nak balik rumah dan rumah dia kat area situ, dapatlah dia hantar kami ke KL sentral. Kami sampai dalam pukul 6.00 pagi di KL sentral dan terus ambil express bas ke LCCT dengan tambang RM8 seorang. Dalam bas dapatlah tidur melepaskan lelah setelah 1 jam menunggu teksi. Kami sampai Di LCCT jam 6.50 pagi. Lepas Solat subuh terus beli makanan. Fuh! makanan boleh tahan harganya kat LCCT ni.
         Kapal terbang kami berlepas tepat jam 8.45 pagi ke Pulau Lombok, Indonesia yang mengambil masa selama 3 jam. Nak jadi ceritalah waktu nak duduk kat seat terjadi satu kejadian yang memang rasa tak puas hati. Bayangkan seat yang kita dah bayar tapi orang lain sedap2 duduk. bila kita bagi tau kat dia boleh buat dek aje. buat apa suruh bayar seat dah macam naik bas mini. berebut-rebut nak duduk tepi tingkap. bila ingat balik memang kelakar.
          Jam 11.50 pagi kami mendarat di Lapangan Terbang Pulau Lombok. Rasa teruja sungguh sampai terkucil hehehe. Masa kat Airport baru jumpa group pendaki kami. Memang seronok dapat berkenalan dengan diorang. Selepas bergambar ada kenderaan yang muat untuk 14 orang ambil kami untuk pergi ke lembah Rinjani.
         Perjalanan kami mengambil masa yang agak lama lebih kurang hampir 3 jam untuk sampai kesana. Tapi tak terasa jauhnya kerana kami disajikan dengan permandangan yang memang cantik.






kami sampai di Lembah rinjani dah nak gelap sebab dilombok pukul 6 ptg dah gelap. Dalam perjalanan nak sampai ke homestay, saya singgah beli pulsa kat kedai. Yang kelakarnya inilah pertama kali aku guna duit indon nak beli di market yang banyak jutaannya. sampai tak tau nak bayar berapa. 





Cantik tak? nanti saya sambung lagi catatan saya. okey.. :)