Thursday, October 2, 2014

LAWATAN KE INTERNATIONAL COLLEGE OF AUTOMOTIVE - ICAM PEKAN, PAHANG

LAWATAN KE INTERNATIONAL COLLEGE OF AUTOMOTIVE - 2 OKT 2014





Wednesday, October 1, 2014

Persedian sebelum ke Korea Selatan pertengahan november 2014

  




      Aku memang dah lama mengidam dan pergi ke negara K-pop ni..tapi bukan sebab minat mana2 penyanyi K-pop tapi..aku ni memang peminat Drama korean sampai sekarang....Niat ni tertangguh lama..dan awal tahun ni aku memberanikan diri meminta kebenaran pada hubby nak melancong ke sana....apalagi..terkezut gorila dia..sebab aku ni pergi dgn kawan satu tempat kerja...hahaha...lama jugak dia berfikir...at last..hujung feb..hubby setuju...Yahooo!!!!..."Korea Here I Come.."
   Selepas dapat kebenaran tu..aku pun dok cari travel agen yang aku nak ikut...so kawan aku syor kat ikut Echa Mewah service. Aku pun call erna untuk join trip dia pada 15 nov ni hingga 21 nov. Erna pun terangkan berapa bayaran dan paling menarik..hehe boleh bayar ansuran ssehingga bulan 10. Selepas Erna terangkan tentang bayaran dia bagi aku itinerary sepanjang berada di korea.

** Update program / itinerary

15 Nov 2014

** meet your tour guide at airport
Check in / Drop bag at hotel
Bukcheon Village - LUNCH - Itaewon Street - Itaewon Mosque - War Memorial Museum - DINNER

16 Nov 2014

BREAKFAST - Gwanjang Market - Dongdaewun - LUNCH - Myeongdong (kimchi making + hanbok costume) - DINNER

17 Nov 2014

BREAKFAST - Namsan Gol Hanok Village - LUNCH - Kyongbuk Palace - Gwanghwamun Plaza - Chonggeychein Stream - DINNER

18 Nov 2014

BREAKFAST - Hongdae Street - Trick Eye Museum - LUNCH - Namdaemun - Seoul Tower - DINNER

19 Nov 2014

BREAKFAST - Everland - LUNCH - Continue Everland - DINNER

20 Nov 2014

BREAKFAST - Nami Island - LUNCH - Petite France - DINNER

21 Nov 2014

BREAKFAST
Check out - transfer to Airport


Friday, March 7, 2014

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Part 3
Ini pulak kawan yang baru dikenali kat sini..Yazir n may husband tengah sarapan sebelum pendakian..
Sebelum pendakian kami mengupah seorang guide untuk angkat barang-barang disepanjang pendakian ini dengan upah lebih kurang 450 ribu. Nama guide kami Amin. Amin memang seorang yang sabar melayan kerenah aku dan lebih-lebih lagi my husband yang ini merupakan pendakian dia kali pertama untuk gunung yang ketinggiannya 3725 m. 


Bergambar dengan Amin Guide kami
Kami start mendaki lebih kurang pukul 8.30 pagi . Pada permulaan pendakian, kami melalui kebun-kebun penduduk di sini. Kami melalui padang savana yang kering dan beraingin disepanjang 4 jam  perjalanan kami hingga ke post 2.
 Kami memulakan pendakian..dengan menyaksikan Gunung Rinjani di depan mata ...
 Gunung Rinjani..tunggu..kami Datang..hehehe..
 Padang Savana..alhamdulillah..ada kabus yang menyamankan..
Permulaan yang dinanti-nantikan selama ini...Gunung Rinjani..

Amin setia menunggu kami suami isteri..terima kasih..
Gambar di atas ni waktu kamu berhenti di Post 2. Kami perlu meneruskan pendakian ke Post 3 lebih kurang 1 jam 30 minit kerana di sana kami berhenti makan tengahari. Kami makan saja apa yang guide kami masak. Dah lapar ngan penat..kami balun aje..memang sedap hingga menjilat sudu..hehehe..tengok mak ngah tu cukup..posing ngan makanan tengaharinya..
Makanan panas dengan cuaca yang mula sejuk..memang sedap..walaupun hanya maggi..hehehe
Setelah kami selesai makan dan bersolat...perjalanan perlu diteruskan ke Plawangan Sembalun lebih kurang 4 jam ..memang penat giler...
 Perjalanan yang mencabar..suami den macam penat sungguh sambil peluk pokok..trek dia memanjat saja...penat memang..kesian dia..
Aku setia tunggu dia untuk meneruskan pendakian ini..come on baby..hahaha
Abang you can do it!!! fighting !!
Bila sampai kat tempat lapang sikit..apa lagi bergambar sakanlah..tapi belum sampai plawangan sembalun..hahaha


 Kat belakang tu ketua rombongan kami yang memang setia tunggu kami yang terkedek-kedek mendaki..dan isterinya..terima kasih En. Azmi dan Kak Miza..


Inilah Plawangan Sembalun yang menjadi tempat kami berkhemah untuk tidur dan esoknya akan mendaki ke summit Rinjani seawal pukul 1 pagi..
Sampai sini aje coretan kali ni..akan disambung dengan pendakian kami ke summit attack Gunung Rinjani. :)

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Part 2
Selepas kami sampai dilembah Rinjani...dapat menginap di homestay Lembah Rinjani.  Homestay ni memang best..dapat pulak bilik yang mengadap Gunung Rinjani..fuhh terbaik. 
Malamnya..macam biasa susahnya aku ni nak lelap maklumlah tempat yang asing..suami dah bulan bintang..kita dok terkebil-kebil. Dah nak dekat siang baru boleh lelap..agaknya terlalu ghairah nak mendaki kot..rinjani..oh..rinjani..hehehe.
Pagi-pagi memang sejuk gila..mujur ada hot water kalau tak...Selepas bersarapan kami pun bersiap sedia untuk mulakan pendakian..                                                                                 

macam-macam gaya masing-masing mempersiapkan diri sebelum memulakan pendakian..
Pendaki semuanya boleh dikatakan berpengalaman dalam pendakian sebelumnya ditempat lain. Ramai juga yang akan memulakan pendakian bermula dari sembalun. Gunung oh gunung..                                             
    kami berkumpul untuk memulakan pendakian di tempat kamu menginap iaitu Homestay Lembah Rinjani.
aku sendiri sempat pos sebelum bertolak.. untuk meninggalkan kenangan manis yang tidk akan dilupakan. Penduduk disini rata-ratanya memang peramah pada  pelancong yang datang ke sini. Sempat sampai sini catatan saya..nanti sambung balik..hehe