Friday, December 24, 2010

24 December 2010


petang nie.. semua adik2 perempuan aku balik kg..sesama ada kat rumah mak.... meriah..berborak sampai tak ada idea lagi.. macam2 dari start zaman muda2 sampai sekarang... petang nie juga kedai mak kenah bukak lah pulak...dah tiga hari aku tunggu..nak makan mee dia..memang sedap .. pedasnye .. banyaknye .. murahnye .. semuanye cukup .. bile nak balik kajang nie mesti rindu dengan mee dia .. aku nak makan puas-puas ... sampai kenyang .. Opps .. memanglah sampai kenyang .. hehehe ... esok 25 hb dec 2010 .. nak pergi merisik untuk adik lelaki bongsu aku ... hii .. dapatlah dengar berbalas pantun ... maklumlah orang melaka ... kan .. kalau tak de pantun tak meriahlah ... harapnya perkara esok berjalan dengan lancar...

Wednesday, December 22, 2010

Kisah Balang Kaca | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kisah Balang Kaca | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Fadhilat ayat seribu dinar

Sesiapa yang mengamalkan ayat seribu dinar antara lain ialah :
  1. Mendapat Rezeki tanpa disangka-sangka - iaitu memperolehi jaminan rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir atau jangkakan sumber serta puncanya.
  2. Melenyapkan Segala bentuk kesusahan - akan dihilangkan apa jua bentuk kesusahan, kesempitan dan gangguan-gangguan jiwa.
  3. Dijauhkan dari keraguan dan kesusahan maut - iaitu dijauhkan dari keraguan-keraguan ketika di dunia serta terhindar dari kesusahan-kesusahan ketika menghadapi maut (menjelang kematian)

Fadhilat dan khasiat surah Al-mulk

"Sesiapa membaca surah al-mulk setiap malam, dia akan tenang ketika menjawab soalan malaikat di dalam kubur dan dia dijauhkan dari sebarang fitnah sebelum meninggal dunia"

Selain dari itu, orang yang menjadikan surah al-mulk ini wirid selepas menunaikan sembahyang, Allah akan memudahkan rezekinya baginya. Setiap usaha atau pekerjaan yang ia lakukan akan diberi berkat dan kemudahan sehingga ia dapat mengerjakan dengan baik hingga selesai.

Pengalaman yang berlaku pada tahun 2008/2009

Pada tahun ini, aku sering berkata-kata di dalam hati...apa yang perlu aku lakukan untuk mengubah sesuatu yang sering terjadi dalam hidupku selama ini.

Ya..jawapannya aku perlu menyelesaikan apa-apa masalah yang terjadi... jangan lagi membiarkannya begitu sahaja... aku perlu menempuhnya dengan cekal..

Aku terus cuba dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan apa-apa masalah sehingga menghasilkan kesudahan kearah kebaikan pada semua pihak..

Alhamdullilah, aku berjaya ..walaupun aku kehilangan sesuatu yang aku dan semua sayang... tetapi akhirnya.. aku dan semua menjadi satu..masing-masing menyayangi antara satu sama yang lain...

Kesudahannya, Apa yang kita lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana Allah untuk orang lain.... Allah akan membalasnya dan memudahkan urusan segalanya.... insyallah...

Tanda-tanda sebelum kematian

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.


ATUK AND CUCU KESAYANGAN

Cucu-cucu atuk
muhammad naqib akmal
muhammad adam akmal
muhammad muaz loqman
nur aina qaisara
nur aleeya zahirah
faatin liyana


Tuesday, December 21, 2010


Pelajar ku Batch 1998/1999
Sekolah Menengah Teknik Port Dickson

Kenangan di Singapura

Yang Jauh Nun di singapura
kenangan manis yang tidak dapat dilupakan








Ayahanda dan Ibunda
'Ya Allah kau pelihara dan rahmatilah kedua-dua ibu bapaku...Amin'

Monday, December 20, 2010

Pelajar ku Batch 2001/2002
Sekolah Menengah Teknik Kajang

Saturday, December 18, 2010

MUHAMMAD NAJMUDDIN
(STUDENT BATCH 2008/2009)
AL-FATIHAH
2/11/2009
Student batch 2010/2011









SELAMAT PENGANTIN BARU

HAZIMIN & YATI




Friday, December 17, 2010


























Pelajar ku batch 98/99 smtpd

Bercuti di Port Dickson






Cuti-cuti Malaysia...

Majlis Graduasi SKM Zon Tengah 30 oktober 2010

Pelajar-pelajar dari 6 buah
sekolah menengah teknik Zon tengah
berhimpun di Sekolah Menengah Teknik Kajang untuk
majlis Graduasi SKM tahap 1