Friday, March 7, 2014

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Part 2
Selepas kami sampai dilembah Rinjani...dapat menginap di homestay Lembah Rinjani.  Homestay ni memang best..dapat pulak bilik yang mengadap Gunung Rinjani..fuhh terbaik. 
Malamnya..macam biasa susahnya aku ni nak lelap maklumlah tempat yang asing..suami dah bulan bintang..kita dok terkebil-kebil. Dah nak dekat siang baru boleh lelap..agaknya terlalu ghairah nak mendaki kot..rinjani..oh..rinjani..hehehe.
Pagi-pagi memang sejuk gila..mujur ada hot water kalau tak...Selepas bersarapan kami pun bersiap sedia untuk mulakan pendakian..                                                                                 

macam-macam gaya masing-masing mempersiapkan diri sebelum memulakan pendakian..
Pendaki semuanya boleh dikatakan berpengalaman dalam pendakian sebelumnya ditempat lain. Ramai juga yang akan memulakan pendakian bermula dari sembalun. Gunung oh gunung..                                             
    kami berkumpul untuk memulakan pendakian di tempat kamu menginap iaitu Homestay Lembah Rinjani.
aku sendiri sempat pos sebelum bertolak.. untuk meninggalkan kenangan manis yang tidk akan dilupakan. Penduduk disini rata-ratanya memang peramah pada  pelancong yang datang ke sini. Sempat sampai sini catatan saya..nanti sambung balik..hehe

No comments:

Post a Comment