Thursday, September 19, 2013

my great honeymoon-Gunung Rinjani

Catatan Percutian yang tidak akan dilupakan...BEST!!




PART 1
          Tanggal 29 mei 2013 kami bertolak ke LCCT dengan penerbangan kami ke Pulau Lombok, Indonesia pada pukul 8.40 pagi. Jadinya suami plan guna kereta dia dan pergi ke rumah adik saya di taman dagang dan park kereta disana. So kami bertolak pukul 4 pagi dari rumah dan sampai di rumah adik pukul 4.30 pagi. cuba bayangkan sampai taman dagang 4.30 pagi dengan kawasan yang lenggang nak tunggu teksi untuk ke KL sentral.memang mencabar betul. Nasib kami agak baik ada teksi yang baru habis shif nak balik rumah dan rumah dia kat area situ, dapatlah dia hantar kami ke KL sentral. Kami sampai dalam pukul 6.00 pagi di KL sentral dan terus ambil express bas ke LCCT dengan tambang RM8 seorang. Dalam bas dapatlah tidur melepaskan lelah setelah 1 jam menunggu teksi. Kami sampai Di LCCT jam 6.50 pagi. Lepas Solat subuh terus beli makanan. Fuh! makanan boleh tahan harganya kat LCCT ni.
         Kapal terbang kami berlepas tepat jam 8.45 pagi ke Pulau Lombok, Indonesia yang mengambil masa selama 3 jam. Nak jadi ceritalah waktu nak duduk kat seat terjadi satu kejadian yang memang rasa tak puas hati. Bayangkan seat yang kita dah bayar tapi orang lain sedap2 duduk. bila kita bagi tau kat dia boleh buat dek aje. buat apa suruh bayar seat dah macam naik bas mini. berebut-rebut nak duduk tepi tingkap. bila ingat balik memang kelakar.
          Jam 11.50 pagi kami mendarat di Lapangan Terbang Pulau Lombok. Rasa teruja sungguh sampai terkucil hehehe. Masa kat Airport baru jumpa group pendaki kami. Memang seronok dapat berkenalan dengan diorang. Selepas bergambar ada kenderaan yang muat untuk 14 orang ambil kami untuk pergi ke lembah Rinjani.
         Perjalanan kami mengambil masa yang agak lama lebih kurang hampir 3 jam untuk sampai kesana. Tapi tak terasa jauhnya kerana kami disajikan dengan permandangan yang memang cantik.






kami sampai di Lembah rinjani dah nak gelap sebab dilombok pukul 6 ptg dah gelap. Dalam perjalanan nak sampai ke homestay, saya singgah beli pulsa kat kedai. Yang kelakarnya inilah pertama kali aku guna duit indon nak beli di market yang banyak jutaannya. sampai tak tau nak bayar berapa. 





Cantik tak? nanti saya sambung lagi catatan saya. okey.. :)

Tuesday, May 15, 2012

Ex'Player Netball Team 2011
Cikgu Love You!!!



KEJOHANAN ANTARA TEKNIK VOKASIONAL 2012

Gambar diambil sewaktu pertama kali melawan vokasional klang
memang mencabat tuu..
teruk kena belasah..hehe

Gambar ni..sewaktu Vokka melawan Vokasional Ampangan
kami kalah..tapi kali pertama aje..kali kedua..kami Menang!!!

Gambar ni kami ambik dengan pasukan dari sek Vokasional 
sungai buloh..minta maaf yea..Vokka menang..

Ini Pasukan Vokasional Klang dan Vokka..
kami lawan pada kedua kalinya..
kami kalah..tapi tak teruk kena belasah..
terima kasih pada coach klang ..kak liza
sebab banyak tolong bagi tunjuk ajar..TQVM..

Gambar ni sewaktu Vokka melawan Kolej Vokasional ERT rembau..
kami kalah.. tapi kami dapat ilmu yang diberi oleh pemain negeri 
ert tersebut..TQVM

Gambar ni aku ambik masa kami berlawan untuk tempat ke tiga dan keempat
Fuh!! penat giler..Vokka team..maklumlah tak
pernah masuk peringkat akhir..sabar ajelah..
main 1 jam..tuh!!..memang penat!!tak ingat!!
tapi semangat juang Vokka memang patut dipuji..chai yok!!!

Akhir sekali..kat astaka SMT sepang..
kenangan yang indah..
kami tinggalkan disini..
I love Vokka Netball Team!!


Saya dan Suami..
Ya Allah, kau panjangkan jodoh kami hingga ke Syurga..Amin..
Setelah 12 tahun usia perkahwinan kita ini adalah gambar yang paling saya Suka.

Gambar ibu dan Anak Muhammad Naqib Akmal
Ada sesuatu perasaan yang sgt mendalam tika memandang gambar ni
'kasih sayang ibu dan anak'

Gambar ibu dan anak daranya Aleeya Zahirah.
Ikatan kuat yang antara ibu dan anak.
Muhammad Adam Akmal, Aleeya Zahirah dan
uchunya..Siti Aisyah..
Muaz lokman, Aleeya Zahirah dan Adam
Posing yang unik..ada macam2 rasa
marah, tenang dan gembira..

Klasik view..cantik!!
tempat putrajaya..hahah
memang sibuk kimi adik beradik bergambar..


Wednesday, May 2, 2012

2 mei 2012
Hari aku terlibat dengan KAV di teknik sepang
apa yang dapat aku lihat..sesungguhnya Allah tu Maha mengetahui...
apa-apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
Sesungguhnya aku redha..Ya Allah..diatas ketentuan..Mu.. :D
The moon that embrace the sun
Memang best! cite ni...minat habih..lebih_lebih pelakon lelaki yg dapat membawakan watak dengan
berkesan sekali...



Rain Love..
cite ni slow sikit..masa episode 1-3 kot..pastu baru ada rasa..erm..tapi sikit baru..tapi adik aku memang suka tengok cite ni sebab hero .. memang dia minat habih...