Monday, February 7, 2011

Mimpi...


Anak-anak ibu mimpi yang indah-indah yea.....

terasa dah besar anak-anak.. sebab masing-masing dah pandai urus diri sendiri.. termasuk dengan adik yang kecik.. tak boleh berpisah dengan abang-abangnya.. muuuahhh!!!

Hari bersejarah buat adik tersayang
Muhammad Hafiz Abdullah
pada 5 Feb 2011










Sunday, January 23, 2011

Friday, December 24, 2010

24 December 2010


petang nie.. semua adik2 perempuan aku balik kg..sesama ada kat rumah mak.... meriah..berborak sampai tak ada idea lagi.. macam2 dari start zaman muda2 sampai sekarang... petang nie juga kedai mak kenah bukak lah pulak...dah tiga hari aku tunggu..nak makan mee dia..memang sedap .. pedasnye .. banyaknye .. murahnye .. semuanye cukup .. bile nak balik kajang nie mesti rindu dengan mee dia .. aku nak makan puas-puas ... sampai kenyang .. Opps .. memanglah sampai kenyang .. hehehe ... esok 25 hb dec 2010 .. nak pergi merisik untuk adik lelaki bongsu aku ... hii .. dapatlah dengar berbalas pantun ... maklumlah orang melaka ... kan .. kalau tak de pantun tak meriahlah ... harapnya perkara esok berjalan dengan lancar...

Wednesday, December 22, 2010

Kisah Balang Kaca | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kisah Balang Kaca | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Fadhilat ayat seribu dinar

Sesiapa yang mengamalkan ayat seribu dinar antara lain ialah :
  1. Mendapat Rezeki tanpa disangka-sangka - iaitu memperolehi jaminan rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir atau jangkakan sumber serta puncanya.
  2. Melenyapkan Segala bentuk kesusahan - akan dihilangkan apa jua bentuk kesusahan, kesempitan dan gangguan-gangguan jiwa.
  3. Dijauhkan dari keraguan dan kesusahan maut - iaitu dijauhkan dari keraguan-keraguan ketika di dunia serta terhindar dari kesusahan-kesusahan ketika menghadapi maut (menjelang kematian)

Fadhilat dan khasiat surah Al-mulk

"Sesiapa membaca surah al-mulk setiap malam, dia akan tenang ketika menjawab soalan malaikat di dalam kubur dan dia dijauhkan dari sebarang fitnah sebelum meninggal dunia"

Selain dari itu, orang yang menjadikan surah al-mulk ini wirid selepas menunaikan sembahyang, Allah akan memudahkan rezekinya baginya. Setiap usaha atau pekerjaan yang ia lakukan akan diberi berkat dan kemudahan sehingga ia dapat mengerjakan dengan baik hingga selesai.